Wednesday 30 November 2011

kolesterol itu bahaya..

Saper dah pergi tengok citer twilight? huhu best tak yang baru nie? esok baru nak pergi tengok midnight dengan housemate aku.. perghh gila gay haha. Abes tue nak g tengok ngan pompuan semua member dah tengok, jadi terpaksa tengok dengan housemate. takpe pilih seat lain-lain hahaha. ade saper-saper nak join di alu-alu kan-- girls only ngehh ngehh..

Semalam aku pergi gym..first time DOWH haha. fitness first dekat jalan sultan ismail tu. Member aku yang suruh try sebab dia dah jadi member. Seminggu dapat try free ok la kan. kalau nak jadi member rm140/per month .. not bad. Environment ok, selesa la dekat situ nak compare dengan tempat lain. Benda free semua best kan hehehe.. Aku pergi dalam pukul 9-11 mlm.. time tu dah tak ramai orang so best la.. Member aku ajar buat step by step macam mane utk chest, biceps, shoulders dengan semua lah.. fuhh lepak jugak ehh Alahh bukan nak jadi besar gedabak tu. dapat badan ala-ala beach boy tu ok la kan hahahaha..

Dah habis mandi semua plan nak nak g makan kat mana.. yong tau fu nak?.. ok jom dekat area danau kota.. sedap la yong tau fu brader lori tu.. kuah dia best gila.. korang g la try makan memang tak mengecewakan lah.. lori dia park dekat area kedai mamak subaidah kot.. tah tapi dekat area situ je la.. lepak makan-makan, sembang-sembang  kawan aku ni cerita pasal kawan dia.. kawan dia ni nama apa aku tak ingat. Dia ni tak ada la gemuk sangat, kurus sangat pun tak, biasa-biasa je la.. sebelum nie sihat je. tak ada apa-apa penyakit.. umur dalam 27..

Satu hari tu, dekat office dia.. dia pergi la toilet.. rupa-rupanya masa dia dalam toilet tu dia dah pengsan kena angin ahmar/strok .. korang bayang kan dia pengsan lebih kurang 2 jam. tak ada sorang pun sedar sampai ader sorang makcik cleaner tu dia bukak pintu toilet tengok-tengok budak tu da pengsan.. tangan dah termasuk dalam toilet bowl.. aduss gile ah. terus bawak pergi hospital.. Doctor cakap kat otak dia darah dah beku sebab dia pengsan dah terlalu lama. Terus badan dia lumpuh sebelah. Member aku ni pergi la melawat dia. Dia dah cakap "aku dah teruk nie, tak lama dah".. perghh sedih gile dengar.. parents dia memang tak boleh tengok dah anak dia macam tu.. parents dia cakap pakcik redha kalau jadi apa-apa lepas ni.. Tapi kawan aku cakap dia tu muda lagi so semangat dia nak lawan penyakit tu kuat.. kalau dia kuat insyaAllah dia boleh sembuh.. kawan aku tu mak dia pernah kena angin ahmar, tu yang dia tau jugak macam mana nak lawan penyakit ni. tapi sekarang mak dia dah meninggal sebab kena heart attack..

Lepas seminggu tu kawan dia dah boleh gerak-gerakkan badan yang lumpuh tu tapi bila orang sentuh dia rasa panas sangat walaupun orang sentuh perlahan.. few days lepas tu kawan dia tu pun meninggal. Sayang kan umur muda lagi tapi dah kena serang angin ahmar. tu la korang jangan ingat orang muda ni tak boleh kena angin ahmar. Orang muda sebenarnya yang senang kena angin ahmar sebab dari segi pemakanan kita, kesihatan kita. Angin ahmar ni kalau ikut sains ia jadi sebab KOLESTEROL dalam badan kita terlampau banyak.. Bila kolesterol dalam badan tinggi so lemak tu akan sumbat salur darah kita.. tu yang boleh kena heart attack /strok .. Aku pun tak reti sangat nak terangkan macam mana.. korang google la sendiri.. jadi rajin sikit eh huhu..

So korang lepas ni kurang kan makanan berminyak, rajin-rajin la exercise k.. buat la paling sekejap pun 30 mins janji peluh keluar kan atau jom join aku pergi gym hahahaha..




p/s : liverpool menang semalam :)

Sunday 27 November 2011

Radio..

hari ku yang 'sangat' bermakna..

Bangun, check facebook, twitter, blog, makan, makan lagi, hisap rokok berbatang-batang, tido, makan lagi, tgk bola, hisap rokok berbatang-batang, check facebook, twitter, blog, tido!








p/s: best kan aktiviti aku hari ni. tak bosan langsung! esk game liverpool. jom.

Thursday 24 November 2011

 
 
 
So if i've hurt you in any way, i apologise from the deepest of my soul. Peace be with you..

sikit lagi..

Alhamdulillah. itu lah perkataan pertama keluar dari mulut aku tadi. setelah banyak musibah yang aku hadapi beberapa bulan ni, akhir nya aku berjaya bangun perlahan-lahan. Tapi belum boleh tersenyum lagi sebab perkara tu belum sempurna. Insya-Allah dalam beberapa bulan lagi perkara tu akan sempurna.


perkara apa?


Aku akan mula kan perniagaan sendiri. aku mulakan secara kecil-kecilan dulu. Aku bukan anak orang kaya yang mana nak duit, senang je dapat. Biar lah aku mula dari bawah. aku tak kisah. Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang tapi aku nak lebih lagi. Hidup ni cuma sekali. aku nak rasa macam orang lain berjaya hasil usaha sendiri. Selagi aku tak mencuba, aku tak tahu sejauh mana tahap diri aku. kalau aku gagal, sekurang-kurang nya aku dah mencuba. I want to challenge myself.



Ya Allah, permudahkan lah segala urusan hamba-mu ini. amin..





p/s : bila dah sempurna segalanya aku akan bagitahu apa yang aku buat :)

Wednesday 23 November 2011

macam mana boleh hilang..

BAJU AKU HILANG!! rezak eh rezak(bahasa ganu) . macam mana boleh hilang pulak baju aku. nie mesti kes tertukar dengan orang lain. 2 hari lepas aku ada hantar baju dekat dobi bawah rumah. dia cakap hari rabu siap, ok gud. tadi lepas balik kerja aku pergi la amik baju aku. time nak bayar tu aku pun cakap " saya nak check dulu boleh".. dia cakap "ok". biasa nya aku akan save dalam hp baju apa aku hantar. aku check-check ahh ader kurang nie .. aku cakap la "ada kurang sehelai baju saya ni". dia tak percaya cakap aku. suruh check lagi. ok aku check.. sah! memang baju aku tu tak ada.  dah la baju tu aku suka pakai. huhhh!

aku tanya la macam mana boleh tak ada ni? "tah la, memang saya dah masuk kan semua baju awak." ko nak pusing citer plak ye . aku cakap "saya ingat ok baju apa saya hantar. saya save dlm hp. tengok ni!" haaa muka dah lain.. ceh buat- buat cari pulak dalam plastik tu. ko nak cari apa? baru la nak cakap "sorry" ye nanti saya check balik baju awak ok.takut tersalah letak.. huh ok tak apa lusa saya datang balik tapi kalau tak ada baju saya macam mana? kalau tak ada saya akan bayar ganti rugi tu(dengan muka kesian). aduhh ni yang aku tak suka ni bila dah buat muka kesian. "macam ni lah, kalau ada baju tu awak call saya tapi kalau tak ada biar kan je la. nak buat macam mana.. next time tolong hati-hati sikit eh. "sorry encik sorry" ye la. tu jer la ayat ko kan.

Resistance..

i'm walking away from the trouble in my life..

Mata ni makin lama makin segar. arghh nie mesti gara-gara minum kopi ais kat mamak tadi.. memang dah lama aku tak minum kopi ni, bukan apa nanti aku sakit kepala tapi tekak ni mengidam x dapek den nak nolong. terus order 'ane, kopi ais satu' . time air lalu kat anak tekak tu perghhh memang tak boleh di gambarkan lah dengan kata-kata.. high terus haha.. tapi bukan pasal kopi ais aku nak cerita tapi nak berkongsi musibah yang aku lalui beberapa bulan lepas dengan korang semua sambil telinga aku di mainkan lagu longing dari x-japan..perghh mencengkam jiwa beb.

Jam semakin hampir pukul 2.30 hurm, kalau dulu masa-masa macam ni aku selalu nya baru lepas punch card dengan dia tapi sekarang dah lain. masa-masa macam ni aku habiskan dengan berborak dengan housemate aku. kalau dulu setiap kali aku nak tidur mesti aku akan sedih bila teringat apa yang dah jadi. Otak aku mesti persoal apa yang aku dah buat sampai jadi macam ni? pelik.. korang fikir ye aku dah bersama dengan dia lebih kurang 7 tahun. tiba-tiba aku di tinggal tanpa sepatah pesan. memang down habis morale aku masa tu. Bangun je dari tidur mesti aku akan sedih.. air mata keluar  tu tak payah cerita la hampir setiap hari. bayangkan  kalau hari ni masih boleh bercakap tapi keesokan hari terus berubah. pelik..

Bingung aku! kalau dulu aku memang tak boleh kalau tak cakap dengan dia. dalam sehari tu. mesti kena cakap tapi bila dah jadi macam ni aku pun pelik. Mula-mula memang susah aku nak terima tapi perlahan-lahan aku belajar macam mana nak kawal perasaan aku. susah memang susah tapi nak tak nak aku kena tempuh juga.

Tapi bila kita rasa kita dah tak ada sesiapa dengan kita sebenar nya ada yang paling rapat dengan kita.. ALLAH. bila aku dah tak tau nak buat apa lagi tiba-tiba tergerak hati aku nak ambil air sembahyang. biasa la kita ni hamba- Nya yang jahil bila dalam musibah baru la kita nak teringatkan Dia. Terus aku bentang sejadah yang memang dah agak lama aku tak sentuh. aku mohon doa supaya aku diberi kekuatan menempuh ujian yang aku hadapi. Dalam tempoh 4 bulan ni memang aku belajar banyak tentang diri aku, tentang orang sekeliling aku. Memang musibah ni banyak memperbetulkan diri aku. Aku tahu setiap yang berlaku ada hikmah nya. kadang aku bersyukur dengan apa yang aku telah aku lalui.

Sekarang aku dah penat nak fikir kan benda tu berulang kali. pada aku biarlah aku belajar dari kesilapan aku. Ini yang di panggil pengalaman hidup. perkara ni yang banyak mematangkan seseorang. kalau kita nak menangis terus kan. akan sampai satu tahap yang mana korang rasa tak ada guna lagi korang jadi macam tu lagi.masa tu perasaan sedih tu dah tak ada lagi dalam diri korang. pada aku menangis tak salah. menangis dapat legakan kita tapi kita kena tahu sampai mana limit dia. lepas tu berhenti.  


bangun!






Tuesday 22 November 2011

agak-agak dia suka aku tak ?

oh cristina suzanne stockstill, no words can describe la



jom layan pic gf aku  dulu ye. haha





   
comel kan gf aku.. 




            
 cool kan gf aku..




hensem kan gf aku..




Ini la filem KIL akan di lakonkan oleh beliau yang  membawa watak sebagai  'zara'. Filem ni akan ditayangkan pada bulan mac 2012.







p/s: cant stop adore her.

sorotan semalam..

Malaysia menang semalam haha bangga betul aku. memang gamat betul dekat mamak tadi dengan sorak teriak tempik rakyat malaysia. memang bola ni boleh satu kan semua banggsa kan. seronok, bangga dan terharu dengan suasana macam tu. tahniah kepada pasukan malaysia kita. proud to be.

Monday 21 November 2011

i don't need that shit!

betul-betul aku kena kencing. sialan. go fuck yourself.

sukom sukom..

Baru pagi tadi senyuman aku penuh dengan kemanisan tapi masuk tengah hari tadi semua nya musnah sekelip mata. kejadian tu berlaku lepas perut aku kenyang melantak nasi lemak ayam rempah di glen marie.. best woo ayam rempah dia. next time kena datang lagi ni. Tengah aku jalan menuju kereta tiba-tiba seorang lelaki bercakap dengan aku "sukom sukom". mula-mula aku buat tak dengar alih-alih dia g sebelah aku cakap ayat tu lagi "sukom sukom". dalam hati aku cakap menatang apa sukom? aku cakap la tak tau. Boleh tak dengan muka berlagak pandai dia geleng kepala 'seolah-olah memerli aku' macam aku ni bengap dan bodoh sebab tak tau apa itu sukom. 'eh eh pakcik nie. memang la aku tak tau dah tetiba ko datang kat aku cakap benda tu. kalau aku balas balik nampak aku pulak yang kurang ajar jadi aku biarkan je dengan hati yang bengkek. korang tau apa tu sukom??


*org tua-tua selalu berpesan jangan suka sangat nanti ada benda tak baik nak jadi.
hahaha

YNWA..


Pagi ni bangun dengan senyuman di muka. mesti la sebab liverpool menang semalam.

*senyum tak perlu kata apa-apa.








Saturday 19 November 2011

baik atau buruk..

Aku tak tau hari ini adalah hari yang baik untuk aku atau tak tapi aku rasa ini permulaan yang baik untuk aku. Awal pagi tadi aku dapat panggilan dari seorang yang memang aku anggap dia mcm kakak aku. Memang lama aku tak dengar suara dia. Dia minta tolong aku pergi tengok "adik" dia yang memang dulu aku paling rapat.. kalau aku nak cerita apa yang jadi dekat kami memang panjang dan complicated tapi yang tu kalu ader masa aku akan cerita.

Mula-mula dia minta aku pergi bukit antarabangsa petang nie.aku da berdebar-debar dah ni.Aku pun cakap dia nak lagi ke jumpa aku ni.Kakak tu cakap tak apa datang buat selamba je.Buat macam tak ada apa yang berlaku sebelum nie..ok ok. Dia cakap apa-apa hal nanti dia msg aku balik. Dalam 15min tu dia pun msg cakap jangan datang dulu sebab adik dia tak sedia lagi nak jumpa aku. Aku pun cakap la tak apa la kalau macam tu tapi dalam hati aku memang ada sikit sedih la tapi tak apa aku berlagak cool la sebab aku memang cool haha.

Pastu kakak dia cakap adik dia pesan kalau nak balik dekat dia suruh aku belajar medic. aku reply " time spm pun bio failed mcm mane nak amek medic' hahaha. Msg tu dapat buat kakak tu gelak kan aku macam dulu-dulu :) tapi pada aku biar la aku mulakan balik perlahan-lahan balik. Biar la dia ambil masa untuk jumpa balik dengan aku. Aku anggap hari ni permulaan yang baik untuk aku dapatkan balik apa yang aku pernah hilang dulu.


Apa pendapat korang dengan situasi macam ni sekarang? baik atau buruk? 

kepala radio..

Friday 18 November 2011

pindah rumah??

Adus.. awal-awal lagi dah mengeluh. Mane tak tensen owner cakap nak buat naik rental. Dia cakap start 2012 nak naik kan lagi rm 100 huh.. kalau ikut hati aku memang nak pindah je tapi bila aku pikir- pikir balik harga tu boleh consider ok lagi la kot. Rumah dah la duduk 7 tahun tu yang sayang nak pindah. Pening eh pale otok nie. Tapi apa-apa pon jom layan muzek-muzek yeahh... best ker?? hopefully la kan.

Sunday 6 November 2011

salam aidiladha dan pengenalan..

Salam.. nama aku amar. Tak ada apa pon nak cakap tapi aku buat blog ni utk luahkan apa aku rasa. Aku nak share dengan korang tentang hidup aku. Kalau korang nak share pasal korang pun boleh pasal sedih ke happy ke frust menonggeng ke so kawan-kawan la kite erk.. :)